Friday, 18 April 2014
Aku hanya seorang gadis miskin.Ibu bapaku hanya bekerja mengutip sampah untuk sesuap nasi.Hidup kami ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Suatu hari aku terpandang iklan jawatan kosong di sebuah rumah agam.Mereka sedang mencari pembantu rumah.'Ishh!mampu ke aku buat kerja ini.Rumah besar pulak tu.Hhmm,aku cuba je lah.Tanpa membuang masa aku terus menuju ke rumah agam itu.Rasa gementar dan takut menguasai diri.Semoga rezeki Mu menjadi milikku.Sebaik sahaja sampai di rumah agam itu aku terus dibawa berjumpa dengan Datin Seri iaitu pemilik rumah agam.Syukur,akhirnya aku dapat menjadi pembantu rumah mereka.Dapat menolong meringankan beban ibu bapaku.Sebenarnya aku sudah berhenti sekolah demi untuk memberi ruang kepada adik-adik ku meneruskan persekolahan mereka.Memang sedih sebab dipaksa berhenti sekolah.Namun ibu bapaku tiada pilihan.Sesungguhnya aku tidak menyalahkan mereka.Aku tahu kenapa semua ini terjadi.Esok aku akan mula bekerja di rumah agam.Selama aku bekerja di situ,yang kelihatan cuma Dato dan Datin seri serta pembantu rumah yang lain termasuk aku.Dan Pak Mat pemandu peribadi Dato Seri.
Pada suatu hari,ketika aku sedang mengemop lantai,berdiri seorang lelaki di hadapan mataku'Wah,hensemnye mamat nie'.Eh kau!mummy mana?.Nasib baik aku tak sempat balas.Kalau tak,memang masak mamat ni aku bahasakan.Harap muka saja hensem,budi bahasa miskin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment